Anggota Shichibukai Shichibukai

Jyuhakyu Mihawk

Si mata helang dengan kemahiran berpedang tiada tandingan dalam dunia One Piece. Namun dia pernah bertanding seri dengan Shanks rambut merah suatu ketika dulu. Menewaskan Roronoa Zoro dengan mudah dan meninggalkan parut panjang di atas dada Zoro.

Donquixote Doflamingo

Selalu kelihatan memakai cermin mata hitam yang tirus di hujung, dengan jaket bulu burung bangau berwarna merah jambu.

Bekas kapten lanun dan raja Dressrosa dengan kuasa buah syaitan Ito Ito (benang) untuk memanipulasikan tubuh orang lain seperti boneka, memiliki nilai ganjaran paling tinggi setakat ini.

Bartholomew Kuma

Selalu kelihatan membawa kitab Bible, berpakaian dengan corak berbentuk sasaran silang dengan topi bertelinga beruang, Kuma adalah beruang dalam bahasa Jepun.

Senjata rahsia kerajaan yang merupakan cyborg separuh siap yang digelar Pacifista, memiliki kuasa untuk mengalih dan memantulkan sebarang benda termasuk udara.

Boa Hancock

Satu satunya ahli perempuan dalam kumpulan Shichibukai, dengan penampilan yang jelita dia menggelarkan dirinya perempuan yang tercantik di dunia dan bersikap angkuh. Kapten bagi lanun Kuja, sebuah kumpulan lanun wanita yang mendiami sebuah pulau misteri Amazon Lily yang didiami hanya kaum wanita yang terletak di Calm Belt iaitu sebuah perairan yang bercuaca tenang tanpa angin dan merupakan sarang bagi Sea king, memiliki kuasa untuk menukar sesiapa sahaja menjadi batu seandainya mereka tertawan dengan kecantikannya kecuali luffy.Setelah mengharungi beberapa siri Hancock bertemu dengan Luffy dan jatuh hati padanya. Hancock menjadi individu penting kepada Luffy ketika cuba membebaskan Ace dari tahanan.

Trafalgar Law

Salah seorang daripada Sebelas Supernova. Dia memakan buah syaitan Ope-Ope (bedah) yang membolehkannya mengawal kedudukan dan keadaan segala benda dalam ruang yang diciptanya. Dilantik menjadi Shichibukai setelah dalam dua tahun selepas perang menentang Lanun Janggut Putih.

Buggy Si Badut Bintang

Dia mempunyai kuasa buah syaitan Bara Bara yang membolehkannya memisah-misahkan badannya. Selepas perang menentang Lanun Janggut Putih, dia diangkat menjadi Shichibukai.